Thursday, December 28, 2006

masih jauh

Perjalanan aku masih jauh...

Wednesday, December 27, 2006

Hari kedua di Brussels

24 Disember ialah hari kedua aku jadi pelancong di Brussels. Kali ni aku join trip adik aku dan kwn2 dia dr Bingen, Germany utk melawat sekitar kawasan Brussels. Tempat2 yg dilawati :

  • Royal Palace
  • Brussels Park
  • Palace of Justice
  • Grand Place
  • Mannekin Piss
  • Mini Europe
  • Atomium

Tu je la, dh mls nk tulis.
Au revoir…

Only Love - Trademark

Only Love - Trademark

2 a.m.
and the rain is falling
Here we are at the crossroads once again
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me
Chorus
But only love can say - try again or walk away
But I believe for you and me
The sun will shine one day
So I'll just play my part
And pray you'll have a change of heart
But I can't make you see it through
That's something only love can do

In your arms as the dawn is breaking
Face to face and a thousand miles apart
I've tried my best to make you see
There's hope beyond the pain
If we give enough, if we learn to trust
[Chorus]
I know if I could find the words
To touch you deep inside
You'd give our dream just one more chance
Don't let this be our last good-bye 
[Chorus]
That's something only love can do

Not in a perfect mood to write, especially during the Christmas holiday. Of course I still remember when I said that I will try not to post anymore song here… Hey, this is my blog anyway, hahaha.

Kenapa aku pilih lagu ni? Sbb yg tipikal kenapa org minat sesebuah lagu; sbb dlm pemikiran aku, aku berada dalam situasi yg sama seperti yg dikisahkn dalam lagu ni. X termasuk ayat pertama, sbb aku tulis ni pd jam 10 am, bkn 2 am :p. Yang membuatkan situasi aku sama seperti dalam lagu ni - aku terasa yg aku berada pd satu crossroad, yg aku masih x nampak di mana hujungnya. As in the chorus, we are thousand miles apart, but I also believe that there’s hope beyond the pain that we endure these days. If we give enough, we can face it together... Dh malas nk hurai lagu ni.. korg sume faham Bahasa Inggeris kn? Baca sendiri je la, hehe.

Dan sy masih menunggu… menunggu jawapan dr awk. Kalau sy ada duit, skrg jugak sy akn balik ke Malaysia utk jumpa awk, supaya awk blh buat keputusan yg sama2 kita tunggu.
p/s: sy akn sabar, mcm dlm cerita The Lake House :)

Sunday, December 17, 2006

matahari terbit

Pemandangan waktu pagi, sebelum matahari terbit dr tingkap bilik tdo yg baru aku gunakan sejak minggu lepas. Aku kerap terbangun awal skrg ni. Nk kata sebab x selesa.. aku rasa selesa je waktu aku tdo. Aku tdo dkt sblh heater & tingkap; kalau panas, bole tutup heater. Kalau panas lg, bole bukak tingkap. Bila bukak tingkap, mmg best sangat. Terasa dingin, nyaman, selesa... kecuali kalau badan basah. Selagi badan kering, aku sanggup lagi bukak tingkap. Kalau badan basah, mintak maaf la. Menggigil2.

Suhu hari ni paling sejuk sejak aku tiba dkt sini; 2 celcius. X bestnyer kalau ada salji. Skrg ni pn dh sejuk giler. Kalau salji turun, sangat x best la jadinya. Terkejut jugak aku bila terasa sejuk sgt waktu keluar beli buah2an pg tadi. X sangka perbezaan 1 celcius pn terasa sangat ketara... Harap2 salji xde tahun ni :p

Saturday, December 16, 2006

message in a box

sbb keboringan, aku tulis mende ni :p
sesiapa yg boleh baca, sila baca. sesiapa yg xleh baca, usaha sampai boleh baca.

"bljf mtbcqbt qjjd zbs ci ltjviuve tv bb b blb bsbfbevbo thiz jxz fmlhjtlj j vv bfbbcbj oilbh bkutt ot ixbbn bno ulb oobjvlht bxjj o bvbbl sbb sbmbsb jx teebbkx bzbb fn dbqjiue lbib eouv ojbuvo vbouts bod fu sbojuxb bbjsbb nobif dbbshze flz obit qb cojobblqb bos bfzvvebti ibt"

p/s: sapa tau baca, baca sorg2 je la..
klu? dkt tajuk tu ada dua klu

Friday, December 15, 2006

paru2 goreng

Hr ni g agak lewat ke IRIDIA, sbb malasssssss (pkl 3 ptg baru smpai ofis).. Aku habiskan waktu pg dengan masak sarapan, tengok Prison Break, dan chat. Malam tadi aku cuba masak paru2 lembu, tp x menjadi lg masakan aku. Aku cuba buat paru2 berlada, campur dengan potongan kentang. Rasa masakan tu dh ok, tp x jadi mcm mana yg aku nk buat. Aku nk buat mcm masakan dekat kedai, yg paru2 tu ala2 garing.. camne nk terangkan ni.. tapi paru2 yg aku masak tu, jadi cam lembik je. Langsung x garing pn. Sape ada idea camne nk masak bagi sedap, tolonnnnn.

Lupa nk maklumkan yg aku dh ada sambungan internet dkt bilik. Jadi, senang sket nk berhubung dengan dunia luar, khususnya Malaysia :p. Kadang2 ade gak dpt msg waktu aku tgh tido @ tgh mamai2. Sengaja aku biarkan laptop terbuka sepanjang mlm, sbb nk dgr lagu, hehehe. Tengok la nanti, berapa kena caj untuk penggunaan elektrik bulanan. Buat masa ni, aku kena bayar 37 euros sebulan. Jadi, pada hujung tahun kewangan, jumlah penggunaan sebenar akn dihitung, kemudian pelarasan akn dibuat, sama ada aku perlu bayar lebihan caj, ataupun aku akn terima balik lebihan bayaran aku. Harap2 yg aku tak guna sebanyak 37 euros sebulan, jadi pada bulan 9 @ 10 thn depan, aku akn dapat lebihan bayaran aku. Harap2 dapat seratus dua…

unknown destination

Had you ever randomly walked down a road to unknown destination, with some kind of fear where the road will lead you? With fear that you are going to arrive at someplace you never wish to be?

Wednesday, December 13, 2006

bilik - IRIDIA

Dah lebih sebulan aku menetap di bilik @ apartment @ rumah aku skrg ni. Dan sekurang2nya 5 kali seminggu aku akn berulang alik dari bilik ke IRIDIA. Dkt bawah ni peta yg mewakili perjalanan aku dari bilik ke IRIDIA. Rupa2nya jarak dr bilik aku ke IRIDIA ialah lebih kurang 2 km. Macam x percaya aku jalan kaki 4 km tiap2 hari.

Slim aku bila dh abis stadi nanti :p Kalau mood ok, masa perjalanan lebih kurang 20 minit, dan kalau aku berjalan perlahan2 dengan mood malas, akn ambil masa lbh krg 30 minit. Oleh sebab cuaca sejuk (nk jimat duit pn, salah satu sbb jugak), aku lebih suka berjalan kaki berbanding menaiki bas. Pemandangan semasa dalam perjalanan boleh dikatakan agak menarik, sbb aku perlu berjalan di pinggir Tasik Flagey yg dihuni oleh pelbagai jenis burung dan angsa. Kecuali kalau hari hujan, aku akn naik bas, dengan bayaran 1,50 €. Terasa mahal, sbb caj menggunakan perkhidmatan bas di sini adalah berbeza berbanding Malaysia. Untuk mengunakan perkhidmatan bas, terdapat beberapa pilihan tiket bas; 1,50 € untuk satu perjalanan @ 10,50 € untuk sepuluh perjalanan @ pas bulanan @ pas tahunan. Satu tiket yg berharga 1,50 € boleh digunakan ke mana2 destinasi di Brussels dalam masa sejam, tidak kira berapa kali bertukar bas @ tram @ metro (keretapi bawah tanah). Jadi, untuk perjalanan yang hanya mengambil masa kurang 10 minit, penggunaan perkhidmatan awam adalah sangat2 tidak berbaloi. Kalau nk berjimat, pastikan perjalanan pergi dan balik ke mana2 destinasi dilakukan dalam masa kurang sejam :)

Monday, December 11, 2006

untitled

Minggu lepas, aku tak berhajat untuk beli mende ni.. Tapi atas sebab musabab yg x dapat dielakkn (ape tu), aku terbeli jugak secara x sengaja. Harga "agak" murah, sbb jualan Krismas dh bermula. Jadi, sbb ade somebody nk tgk ni, maka aku usaha amik gmbr dalam keadaan yg agak gelap. Berdiri dr kiri, body shampoo, edt dan aftershave balm.


Hari ni, aku dpt berita yg mendukacitakn dari dua org kwn aku. Terasa dugaan yg menimpa org lain adalah jauh lebih hebat drpd yg aku alami. Kepada kwn2 berkenaan yg sedang menghadapi masa2 yg sukar ni, terima kasih sbb sudi berkongsi dgn aku, semoga dapat bersabar dan hadapinya dengan tabah...

Wassalam..

Sunday, December 10, 2006

tanpa tajuk

Arrgh, bila aku fikirkan perkembangan pengajian aku, terasa hari2 berlalu dengan begitu pantas. Banyak perkara yg masih aku tak tau, yg perlu aku belajar. Tp pada masa yg sama, masa terasa terlalu lambat berlalu bila aku fikirkan tentang pulang ke Malaysia. Lagi 10 bulan, baru bolah balik, dan jmpa org2 yg aku rindu. Lama kn 10 bulan?

Keadaan di sini makin ok. Dh banyak yg dapat aku uruskan. Dan insyaAllah besok akn dapat sambungan internet, yg akn aku kongsi dengan Vincent (jiran atas bilik aku). Jadi, tiap2 bulan aku perlu bayar 23,50 euros, berbanding 39 euros kalau melanggan untuk sorg2. Dh kira jimat, kn. Perbelanjaan yg aku kena keluarkn cuma untuk beli router supaya kitorg boleh kongsi internet. Kemudian… aku boleh guna internet sesuka hati, hahaha. Dh xde tumpang2 org cam skrg ni lg :) Mahal jugak harga router tu 85 euros (lg mhl berbanding belanja mkn sebulan utk aku di Malaysia). Aku beli router baru, sbb x sempat nk cari yg ‘second hand’ sblm pemasangan internet Isnin ni. Xpe la, pelaburan sekali je. Nnti boleh guna bertahun2. Teringat balik mesin basuh yg aku beli hampir dua minggu lepas. Mesin basuh tu masih tersadai di paras bawah, sbb x cukup tenaga utk bawak naik ke bilik aku di paras 3, hahaha. Memula, aku cadang utk usung mesin basuh tu naik ke bilik aku dengan bantuan Vincent. Tapi bila fikir2 balik, Vincent tu bkn muda mcm aku. Kang jadi pape dkt Vincent tu, aku jugak yg rasa bersalah nnti. Jadi, aku bercadang utk tunggu adik aku dan kwn2 dia dtg dr Bingen pd cuti Krismas ni, dan mintak tlg diorg angkat. Percuma je kn. Kalau nk mintak tlg org dekat2 sini angkat, upah yg biasa dikenakan ialah 20 euros. Mahal sehh… aku kena berjimat cermat :p skrg ni, ape2 yg free dan murah menjadi pilihan. Xde lg bajet utk beli gadget2yg canggih2 @ mknan yg sedap2 bermewah2.. asalkn boleh survive, cukup la. Malahan, masih x terfikir utk melancong, sbb mmg belum mampu lg. Satu hari nnti, insyaAllah.

Eric ada cadangkn supaya aku ke Grand Place pd waktu Krismas, sbb katanya Grand Place akn dihiasi dengan pokok Krismas yg besar. Kalau xde pokok besar tu pn, Grand Place mmg sgt cantik pd waktu malam. Lepas tu, Eric cadangkn aku bawa rombongan adik aku dan kwn2 dia ke Bruges, Ghent, dan Durbuy. Sume tu aku belum pernah pegi lg. I will, one day :p just waiting for the right person who can accompany me...

Thursday, December 07, 2006

no more free wifi

Dh 3 – 4 hr tak dapat sambungan ke internet di rumah. Apsal tak dapat, mungkin sbb aku x bayar bil... Apsal aku x bayar bil? Sbb bukan internet yg aku langgan… Aku cuma menumpang secara percuma langganan internet org lain. Teruk kn? Rasa2nya, dh berakhir zaman aku merasa internet percuma dekat sini. Mmg aku berharap utk dapatkan sambungan sendiri, cuma wang yg jadi penghalang. Aku perlukan internet, terutamanya utk eksperimen2 yg perlu aku lakukan, keluarga dan org tersayang yg aku nk telefon, cerita2 yg aku nk download dan blog yg aku nk update. Kepada kengkawan yg YM tapi x berbalas @ lambat berbalas, mintak maaf sbb x sempat nk berYM siang2, dan skrg ni, mlm pn dh x dpt nk berYM jugak sbb internet dh xde.

Iwan, brg2 dekat sini semua mahal2. Hasil perbincangan aku dengan warga Malaysia yg lain, kitorg masih x jumpa brg2 dekat sini yg lebih murah berbanding dengan brg2 di Malaysia. Jadi, kalau nk import barang2 dr sini masuk ke Malaysia, elok fikir 2 – 3 – 4 kali dulu.

Waktu mula2 tiba di Brussels, aku selalu terfikir, betul ke keputusan aku untuk datang ke sini? Mungkin sebab agak sukar utk settle down sengsorg dekat sini, aku rasa agak tertekan. Dan setelah hampir sebulan setengah berlalu, aku dengan senang hati dapat katakan yg aku x menyesal datang ke sini. Walaupun banyak dugaan, aku dh dapat sesuatu yg x mungkin aku dapat jika aku berada di Malaysia pada saat ini. Memang setiap perkara yg berlaku, ada hikmahnya kn. Susah? Memang masih susah hidup di sini, tapi ada yg x henti2 membantu aku. Sunyi? Memang sunyi, tapi masih ada yg setia menemankan aku saban hari. Bosan? Cuma pada waktu2 tertentu; malam hari bila dh xde teman utk bersembang, hujung minggu bila dh xde sesiapa yg nk temankn aku habiskn masa. Inilah hidup.. kena lalui semua dugaan ni utk mencapai cita2 aku. Susah macam mana pun, hidup perlu diteruskan, sakit macam mana pun, aku perlu terus bertahan.

“Because you’re here, the tears of mine become courage,
I want to be stronger, I want to share things with you”

Monday, December 04, 2006

Naruto

“Uncle ada gambar Naruto? Dekat rumah uncle ade game Naruto? Iqhwan ade baju Naruto.. Iqhwan ade pembalut kepala (headband) Naruto..” Antara topic perbualan aku dengan Iqhwan; Naruto, Mega Rangers, Power Rangers, Batman, Spiderman, dan bermacam2 lg watak super hero yg lain. Seronok jugak layan dia, dh lama x jumpa budak2 dekat sini. Kalau jumpa yg cakap Perancis, ape aku nk sembang?

That's all for today..

Au revoir

a few days in Antwerp

1 Disember 2006
Perjalanan aku ke
Antwerp bermula pada jam 3 petang, dimulakan dengan lawatan ke kedai pakaian berhampiran dengan Porte de Namur. Aku cuma jalan kaki ke sana, sbb nk jimat duit belanja :p lgpun dekat je, dalam 10 min dr apartment aku. Baju2 best2, dan banyak pilihan. Tapi aku tahan niat utk beli baju2 tu sbb ada hajat lain yg lebih besar nnti. Lepas masuk beberapa buah kedai di kawasan Porte de Namur, aku teruskan perjalanan ke De Brouskere. Lama jugak pusing2 di De Brouckere utk cari barang yg aku nk beli. Masih x jumpa jugak. Kemudian aku terpikir utk masuk ke salah satu supermarket di kawasan De Brouckere. Dan akhirnya... Armani Acqua di Gio menjadi milik aku, hahaha. Abis duit aku beli mende ni. Sape tah yg bagitau bau dia best sgt… tak tau berapa tahun koleksi yg ada ni akn habis :p

Aku sempat sampai di Gare du Midi 5 minit sblm train berlepas, pd jam 5.09 minit ptg. Nasib baik kn. Niat utk ambil gmbar semasa dlm perjalanan hr ni terpaksa dibatalkn sbb dh maghrib. Dh gelap dkt luar tu, mmg xleh ambil gmbr dh. Jadi, aku bercadang utk balik pd pg Ahad, bkn petang Ahad. So, aku akn ada lebih masa utk ambil beberapa keping gambar semasa perjalanan aku. Perjalanan aku ok, sbb bertemankn laptop kesayangan. Laptop ni la yg jadi teman rapat dkt sini. Tiap2 hari aku tenung, tiap2 hr aku pikul, tiap2 hari aku dakap waktu tido... Train yg aku naiki tiba di Antwerp Centraal lebih krg jam 6.10 ptg. Sebai shj tiba, aku nmpk Kak Wan dh melambai2 dr jauh. Lega tgk org Malaysia dkt sini. Kemudian aku singgah sebentar di studio Kak Wan, x jauh dr stesen Antwerp Centraal. Lepas kemas2 sikit, aku & Kak Wan menuju ke rumah Madzli. Kaki aku dh terasa lenguh, tubuh dh terasa sejuk.. aku cuma pakai kemeja, baju melayu dan hoodie. Aku rancang utk beli overcoat @ baju sejuk, tapi x sempat memandangkan aku dh terlewat utk ke Antwerp. insyaAllah, bila tiba masa yg sesuai, aku akn luangkan masa utk beli benda2 tu semua.

Sampai di rumah Madzli jam 7 mlm. Anak2 Madzli dh lama melelapkn mata (Iqhwan & Izham). Sebaik shj tiba rumah Madzli, aku & K Wan dihidangkn dengan nasi berlaukkn ayam msk kurma & sambal ikan bilis. Berselera aku & K Wan mkn, 2 kali tambah nasi… Kali pertama mkn masakan Melayu, hasil masakan org lain. Oleh sebab Madzli dan isteri masih mengalami jet lag, K Wan balik ke studio pd jam 10 mlm, dan aku luangkn masa utk menonton Naruto yg baru aku download pd pg Jumaat. Sampai aku tertido sambil mendakap laptop…

2 Disember 2006
Aku dijamu dengan nasi lemak (2 x tambah) berlaukkn ayam goreng tepung dan sambal ikan bilis. Kemudian pd jam 8.30, kami keluar ke Chinatown & Arab Street. Wow, banyak sgt kedai Cina & Arab di Antwerp. Sangat2 best utk habiskn duit di sini. Cuma aku masih xde mood utk membeli belah, xtau sbb apa. Mungkin sbb aku dh banyak habiskan duit di Brussels smlm. Banyak baju yg aku berkenan, dan harga yg sgt best. Aku akn cuba luangkn masa bsk utk habiskn saki baki duit yg ada. Hr ni aku beli berus tandas, lilin wangi(nk jimat letrik kononnya), sabun, syampu, cili kering, mee cina, kicap, sos cili, dan blender. Harga barang2 di sini lebih murah berbanding Brussels, dan pilihan yg ada sangat banyak. Mungkin aku akn berulang alik ke sini sebulan sekali, kalau aku ada masa yg terluang.

Lbh kurang jam 1 tghari, kami ke studio K Wan.. Menu makan tengahari; Bolognese spaghetti, koey teow tomyam, dan mee tomyam (bahan sama je), cuma nk bagi nmpk banyak :) soronok mkn beramai2, x rasa sunyi sgt berada di bumi Belgium ni.

Kemudian aku luangkn masa utk call Ma, pakcik aku, kakak2 aku, kawan2 aku, dan akhir sekali… tau la sape kn. Mula2 sembang 25 minit… lepas tu sambung lg selama 45 minit… lepas tu aku berniat utk sambung sembang skjp lg. Sebab aku masih nk luangkn masa dekat sini, aku cadangkn pada Madzli supaya dia balik ke rumah dia dulu, dan aku akn menyusul kemudian sbb aku akn lama lg di rumah K Wan. Kemudian K Wan nk mintak bantuan aku di ofis dia. Jadi, aku temankn dia, dan cuba utk online dr ofis K Wan. Lepas selesai bantu dia, aku cuba utk sambung laptop aku pd LAN di ofis tu. Ape pulak masalah… aku x dapat guna internet… sangat2 tensen. Aku habiskn masa hampir sejam menggodek2 laptop, masih x dapat juga betulkan. Hari dh makin gelap. Jam dah pukul 6++, dah masuk waktu Isya’. Jadi, aku buat keputusan utk balik ke rumah Madzli dengan perasaan hampa. Malang bertimpa2 bila aku sesat lg di celah2 lorong2 gelap di Antwerp. Suasana agak membimbangkan, sbb mlm minggu. Ramai yg mabuk2 di lorong2 kecil yg aku lalu. Setelah hampir sejam setengah berpusing2 di sekitar lorong2 kecil tu, aku buat keputusan utk kembali ke studio K Wan, dan tumpang dia je mlm ni. Kredit aku dh habis, dn hati dh makin membara… letih sbb bawak bnyk brg bersama2 aku; laptop, blender dan bedspread yg besar gedabak. My sense of direction is definitely terrible. Memang sesat2 ni dh menjadi kebiasaan bg aku. Jadi, lebih kurang jam 8, aku tiba di studio K Wan, dan aku cuba online skali lg… arrrgh, a few more frustrating things happened tonight which I shouldn’t write :( xpe la, banyak aku belajar hr ni.. Kesabaran aku teruji berkali2 lg…

3 Disember 2006
Aku bergerak dr studio K Wan ke rmh Madzli pd jam 8 pagi. Hari masih gelap. K Wan dh bekalkn aku dengan peta, spy aku dh x sesat lg pg ni. Tiba di rumah Madzli jam 8.45 pg, kemudian sarapan bihun, dan aku teruskn misi aku utk beli baju. Rupa2nya kedai tutup pulak hr ni. Cuma beberapa buah kedai yg x best je yg bukak. Xpe, mungkin ni lebih baik sebab aku dapat simpan duit aku untuk kegunaan lain yg lebih penting. Niat utk ambil gambar juga gagal sebab hujan dan sukar bg aku untuk ambil gambar sambil jaga brg2 yg aku bawak. Maaf kepada yg setia menunggu gmbr2 dr Antwerp. Aku akn ke Antwerp lg lain, kali, insyaAllah aku akn cuba ambil gmbr setakat yg aku mampu. Aku terus ke Antwerp Centraal utk dapatkan tiket. Tren aku bertolak pd jam 11.23 pg, menuju ke Brussels. Jam 12.35 tgh, aku tiba di Gare du Central (Brussels central station), dan aku ambil bas ke de Bruckere. Niat utk ke shopping complex terbantut bila shopping complex pn tutup hr Ahad! Biar benar org Belgium nih. Hari cuti camni, kedai tutup lak. Tah pape jek.. Jadi, aku ke Metro de Bruckere utk naik tram no 81 menuju ke Montgomery yg akn lalu di kawasan tasik Flagey yg berhampiran dgn tempat aku. Sebelum naik ke rumah, aku singgah di beberapa buah kedai dan beli ayam, pedal ayam, cendawan butang, udang, kentang, telur.. melayang 20 euro..

………… letihnyer.. dh x larat nk tulis..

lunch yg disediakn oleh K Wan

Iqhwan, Idzham dan K Wan

Saifullah dan Ikhwan

Madzli

Balqis (wife Madzli)

Ni sedikit gmbr yg diambil di bilik K Wan. Camera aku lebih banyak digunakan oleh Ikhwan berbanding aku :p dia lak yg jadi camera man. Semua gmbr ni diambil di rumah K Wan. Bandar antwerp x semenarik Brussels, tapi tempat membeli belah yg agak ok. Nk ambil gmbr di luar pn x dpt, sbb selalu sgt hujan.. Masa masih ada, insyaAllah

Wassalam

Friday, December 01, 2006

i'm going somewhere

Ciao,

Weekend ni (weekend aku bermula ptg ni), aku akn ke Antwerp.. nk melawat Madzli & family dia yg baru sampai di Belgium pd hr Isnin lepas. Madzli akn memulakan PhD beliau dlm bidang ekonomi, dlm domain “international trade”, bkn bidang aku tu, jadi aku xtau pape psl dia nyer kepakaran :) Dengan rasminya aku akn ponteng pd ptg ni. Lepas solat Jumaat, aku nk ke kedai jap, nk cari perfume n beli brg2 keperluan sikit (bantuan kemanusiaan dh tiba di Belgium, alhamdulilLah). Lepas tu akn ambik tren ke Antwerp. Jimat duit aku weekend ni, blh mkn free, hahaha.. Mungkin aku akn kembali semula ke Ixelles pd ptg Ahad, insyaAllah…

One more thing, sbb aku ada menerima beberapa email bertanyakn tntg aku “jatuh cinta”.. Jadi, aku akn terangkan sikit, spy xde salah faham. Aku sbnrnya sedang “mengejar” seseorang. Aku sendiri masih xtau apa yg akn berlaku, sbb masih terlalu awal utk aku aku buat jangkaan, dan xde statistik utk aku buat kira2 dlm hal ni. Aku xtau aku akn berjaya @ x memenangi hati org yg aku suka, tp aku akn cuba sedaya upaya. Aku faham yg aku xleh nk paksa sesiapa menyukai aku, jadi nk xnk, aku kena terima keputusan dia. Dia kata “ i dont want to jump into anything... i want to go with the flow.. Jadi aku hormati keputusan dia, dan akn tunggu masanya utk tahu apa yg akn berlaku :) ape yg aku nk cakap dekat sini, I’m still single but not available, hahaha (macam la ada org lain yg minat). Aku xnk la korg ingat aku tengah mabuk bercinta lak, at least, I’m still not. Cuma skrg ni, tiap2 hr aku akn luangkn sedikit (sikit ke?) masa utk chat ngan dia. Walaupun masih xde pape hubungan lg, dia bnyk temankn aku yg dalam keadaan sunyi ni. Maybe that’s when I started to like that person..
Ok la, tu je yg aku nk ckp. Org yg aku suka pn baca gak blog ni. Jadi, x elok utk aku cite panjang2 tentang perasaan aku lak. Cuma xnk sesape salah paham :p

Semoga perjalanan aku selamat pergi & balik.. insyaAllah aku akn upload gmbr2 dlm perjalanan & semasa berada di sana.

Au revoir