Thursday, November 30, 2006

my masterhood friends

Sambil2 lepak tgk desperate housewives, aku teringat rakan2 masterhood di UUM. Jadi, entry ni nk cerita tentang rakan2 seperjuangan pulak. Satu jangka masa yg sgt singkat, cuma 1 tahun lebih bersama2 diorang. Ada yg sekepala, ada yg bnyk kepala, tp AlhamdulilLah kebanyakan dr kami dh berjaya menamatkan pengajian masing2.. sape yg x abis2 lagi tu, cepat2 la sikit noo.

Dimulakan dengan yg super senior. Yg mula2 skali ialah Shaharir (not available sbb dh berkeluarga) yg glamer dengan kepakaran beliau dalam bidang statistik dan penggunaan perisian SPSS. Walaupun SPSS yg digunakn tu adalah versi cetak rompak, Shaharir ni mmg sangat pakar, sampaikan dijemput ke KL, Melaka, etc utk kepakaran beliau tu. Respect la bro..

Yg seterusnya, sbb xnk sesapa kecik ati, aku akn kenalkn ikut susunan bilik..

Bermula dengan rumet aku sendiri. Aku x payah kenalkn diri sendiri, sbb cuma ada beberapa org pembaca setia je dkt sini dan sume dh kenal sape aku, hehe. Tahun 2006 dh masuk tahun ke 9 aku kenal rumet aku ni. Mula kenal waktu di matrikulasi. Kemudian first degree sama2. Second degree sama2. Kerja pn sama tempat. Dan untuk third degree ni, aku dh decide, kena ubah pulak. Hahaha, bkn lari dr ko Mun. Tp ko paham2 la kn. Dh masak ngan perangai dia, & of course dia pn dh masak dengan perangai aku. He’s very supportive, and very patient dengan aku yg kekadang merapu nih. And he’s brilliant, salah sorg top scorer dalam kelas aku. Dh beribu batu aku mengembara sama2 dgn Mun. Xde la g jauh pn. Tapi kerap sangat.. Kedah – KB, Kedah – KL, Kedah – KT, KB – KT….. banyak lg la. Dh jauh rupanya aku mengembara :)

Kemudian jiran yg terdekat dengan bilik aku, yg banyak berkongsi hobi dengan aku ialah Wan, atau nama samarannya Azwan. Susur galur bermula dr ayah Wan yg super duper senior di JENAN, sekolah kebanggaan aku, walaupun sekolah tu mungkin x bangga dengan aku.. Dengan Azwan, aku banyak berkongsi hobi. Yg pertama, aku ngan Wan sama2 minat kucing, dan ada beberapa ekor kucing yg tiap2 hr kitorg akn jenguk. Kalau Wan dh bagi kucing tu mkn, aku tgk je, dan kalau aku malas turun dr floor kitorg ke groundfloor, Wan la yg akn berusaha turun ke groundfloor dan bagi kucing2 tu mkn. Biasanya, mmg aku mls pn :) hobi kedua, tgk anime. Mula2, aku terpengaruh dengan Wan yg memperkenalkn aku dengan anime Naruto, kalau x silap. Tapi dengan usaha aku, aku berjaya mempengaruhi Wan, sampai dia meminati One Piece dan Bleach. Haha, I won. Hobi seterusnya, kitorg kaki DVD. Sanggup turun dr hutan Sintok ke Alor Setar semata2 untuk beli DVD. Kitorg dh ada satu kedai yg biasa kitorg pergi.. Bila amoi yg jaga kedai tu tgk kitorg, mesti senyum, sbb tau kitorg akn beli lebih dr sekeping... Harga agak murah berbanding dengan tempat2 lain. Layanan pn spesel la kn, tp hampeh sbb harga 5 ringgit gak, x kurang2 walaupun kerap beli. Paling sikit, 3-4 keping DVD sorg. Paling banyak, x payah bgtau la… Hobi seterusnya, tgk wayang.. Ni cuma boleh diaplikasikn kalau Wan di KL, dan aku ke KL atas urusan tertentu. Kalau xde halangan, mesti nk g tgk wayang. Maklum la, dkt Kedah cuma ada Cineplex kecik je. Dan Wan minat sgt2 cite2 seram. Aku layan jugak, hehe. Dan hobi kitorg yg last skali yg membuatkan kitorg ni sekepala… kitorg dua2 kuat makan (mungkin aku kena tulis yg ni dekat tempat pertama). Wan slalu promote tempat2 mkn yg best pada aku. Waaa, I miss those Malaysian food; makcik risda, makcik kari, ahmediah, bj, linda, gelas besar, joe, pmc, pms, pelita, darby park pun aku miss jugak, hahaha… Nasib baik aku masih maintain slim (menurut silah ni, bkn aku ckp :p). Wan ni dh berpunya, dh ada tunang sorg setakat ni, dan insyaAllah akn kekal sorg je. Rumet Wan, Wandi yg berasal dr Besut, skrg menetap di Kuala Terengganu bersama isteri dan dua org cahaya mata. Skrg pn dh berpangkat besau dh dia ni. Semoga berbahagia jadi org Ganu. Cepat2 abiskn master be..

Bilik seterusnya, dihuni oleh Atam dr Johor dan Kucai dr Jitra (dua2 bkn nama sebenar). Bilik ni adalah bilik rasmi utk menonton pelbagai jenis wayang dalam suasana beramai2 dan muhibah, disusuli dengan asap rokok yg berkepul2. Masing2 akn bergelimpangan di port masing2, dengan prinsip sape cepat, dia dpt... Biasanya aku @ Wan akn jadi pembekal DVD secara percuma. Atam ni, pakar dalam bidang kewangan, ank sulung yg berasal dr Johor, dan pada masa ni berada di Johor utk bersama2 keluarga, dan bekerja di sana. Atam adlh di antara yg termuda di kalangan kami. Adik la lebih kurang. Kucai pulak, skrg bekerja di Purtrajaya. Pakar dalam bidang perbankan, dan pernah bekerja di Maybank untuk beberapa ketika sebelum melanjutkan ijazah kedua beliau di UUM. Kucai ni terer main tennis. Bila ada masa, kitorg akn ke gelanggang tennis beramai2; main tennis sambil mencuci mata.

Depan bilik Atam dan Kucai, warga pertama dr Indonesia, Teja. Lebih dikenali sebagai ‘begok’ di kalangan kitorg, dan selalu menggunakan kata2.. “bagi dong”. X payah la cerita pasal Teja. Kalau cerita pasal Teja, aku selalu teringat keadaan bilik Teja…

Seterusnya ialah Ucop dr kg Sungai Buaya, pakar dlm bidang masak memasak, secara spesifiknya, dalam bidang ukir buah. Mmg pakar, sbb Ucop ni dh biasa anjurkn kelas mengukir buah dan menyertai pertandingan masak memasak di universiti.

Bilik seterusnya dihuni oleh Hafiz… aku x cukup kenal dia.. jadi xleh cerita pasal dia.

Kemudian org yg paling glamer di kalangan kami, artis dr kumpulan Firdaus, Farouq dr Parit, Perak @ lebih dikenali dengan nama manja beliau, Yuz (bro, geli aku dengar nama ni, hahaha). Ni sparring partner dalam bidang ping pong dan badminton. Tapi main badminton, x pernah pn aku menang lawan Yuz ni. Main tenis pn dia boleh gak, serba boleh la katakan. Dalam kesempatan ni, aku nk tlg promote album terbaru Yuz, ‘’dunia yg lebih indah’’. Beli lah yg original, k. Rumet Yuz, Along, org Aloq Setaq.. Salah sorg yg awet muda di kalangan kami & sangat meminati lagu2 ‘niggers’ dan cerita2 pasal ‘niggers’.. Cite four brothers tu, mu simpan la be… wat souvenir. X sampai ati aku nk amik balik psl mu minat sgt.

Senior kita, Kadiaq (nama samaran) yg kini di Alor Setar yg akan memasuki alam pekerjaan. Salah sorg yg paling berumur di kalangan kitorg (x tua mana pun), dan beliau ni slh sorg yg jadi pembekal kemudahan pengangkutan utk g mkn @ apa2 aktiviti. Mudah kata, dia ada kete laaaa. He’s also a great buddy.

Irwan, teman sepermainan; chess, badminton, ping pong, dn yg paling baru, DotA. Wan, aku asyik kena “noob” je. Memang kena belasah je main mende ni. Jatuh la reputasi ko dkt blueserver tu. Tiap kali aku main, ada lag beberapa saat. Tu yg slalu jadi feeder. Sampai kena lepak dekat base je kekadang, sbb slalu sgt buat org lain naik level. Anyway, aku akn berusaha baiki reputasi aku tuh, don worry. Iwan ni salah sorg pejuang bangsa Melayu, walaupun aku x pasti dia ni menyebelahi parti mana.. Rumet Iwan, Gie yg slalu balik kampong. X banyak sangat aku tau psl Gie, sbb kitorg pn jarang jumpa.

Yg seterusnya, Adi dr Sarawak. Juga salah satu sumber pengangkutan kitorg di UUM. Senang nk mintak tlg (dia la yg tlg iron baju time nk viva hr tu, hahaha). He’s a little secretive, but still a good friend.

Ada lg beberapa org yg berasal dr Indonesia dan Thailand, tp dh x larat nk tulis. Korg pn mesti dh x larat nk baca kn…
Ok, that’s all. Tu je cerita ringkas psl kengkawan di UUM, my masterhood friends. I miss them :)

Tuesday, November 28, 2006

ixelles 2006

Kegembiraan, satu perkara yg tak dapat diukur dengan penimbang, pembaris @ wang ringgit. Lain org, lain pengalaman yg dilalui, dan ini yg akn mempengaruhi tafsiran kebahagiaan dlm hidup masing2. Sesetengah org berasa bahagia bila mendapat pekerjaan yg diimpi2kn, rumah yg besar, melancong ke segenap pelusuk dunia. ada juga yg berbahagia bila dapat mengumpul wang berjuta2.. dan yg lain berbahagia bila dpt bersama2 org yg disayangi dan membahagiakn mereka.. dan pelbagai lg sebab yg mempengaruhi kebahagiaan, yg x dapat aku nk huraikn dalam batas masa dan akal yg terhad ini. Yg pasti, aku bahagia pd saat ini. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan yg kadangkala melemahkn aku, aku bahagia atas segala sokongan yg diberi, dan bantuan yg dihulur kpd aku..

Cuma bila dihitung balik, amat terasa yg hidup ni terlalu singkat. Bila dikira masa yg terbuang, dan hari2 yg telah dibazirkn, terasa umur ni terlalu pendek. Pejam celik, dah 25 tahun umur aku.. Dh masuk suku abad. Apa yg telah aku capai sampai saat ini? Perjalanan hidup masih jauh. Jam terus berdetik tanpa henti. Langkah kaki perlu aku teruskan. Kadang kala tergelincir dan terjatuh. Seringkali sebenarnya aku terjatuh, namun aku masih mampu bangun dan teruskan perjalanan yg entah bila akn sampai ke penghujungnya. Hanya ucapan terima kasih mampu aku ucapkn kepada yg sudi menghulurkan tangan, membantu aku meneruskan perjalanan yg masih tak kelihatan di mana tamatnya. Dan yg berada di perhentian2 yg aku lewati, juga terima kasih atas segala sokongan dan tunjuk ajar...

Ixelles, 2006

Monday, November 27, 2006

overdue pictures...

Dlm keadaan papa kedana ni, aku terpaksa ke kedai barang2 rumah, sebab tisu tandas dh habis (dh beberapa kali aku tangguh niat utk beli tisu, skrg tisu dh habis, duit pn dh nk habis).. teruk sungguh kn. Berbekalkn duit syiling 50, 20, dan 5 euro cent, aku ke kedai utk dapatkan tisu tandas yg berharga 2,25 euro. Nasib baik cukup duit yg aku bawak. Sedih btol la smpai jadi camni. Mmg dh xleh masuk kedai smpai hujung bulan gamaknya. Terpaksa aku mkn apa yg ada dlm peti ais, hrp2 sempat tahan seminggu, sblm bantuan kemanusiaan tiba dekat sini.

Hr ni post special, sbb dipaparkn desktop pd laptop aku yg amat serabut dengan ikon2 dan folder2 yg x sempat nk dikemaskan. Dh lebih dua minggu desktop aku terbiar mcm ni, walaupun laptop ni berada dalam keadaan terbuka hampir 24 jam sehari. Takde masa nk kemaskn @ malas? Malas la jawabnya. Aku suka gambar pd desktop ni.. Aku “terambil” waktu aku melancong di Brussels pd beberapa minggu lepas. Melancong kononnya… suka sangat dengan gmbr ni.. jadi, akn kekal gmbr ni sebagai desktop aku, sehingga aku dapat ambil satu gmbr lain yg lebih ok. Bila gamaknya?


Seterusnya ialah gambar yg aku ambil beberapa minggu lepas. Gambar yg pertama ialah gambar berhampiran dengan Islamic Centre Belgique, aku ambil sementara tunggu masuk waktu solat Jumaat. Sempat lg kn... (sbb aku gatal bwk kamera, terpaksa aku sangkut kamera dekat bahu waktu solat Jumaat) Gmbr yg kedua ialah gmbr yg aku ambil dr Merode tram stop, berhampiran dengan Kedutaan Besar Malaysia. Sori kepada yg menunggu gmbr2 yg lmbt ni (x sempat nk upload kononnya).


mysterious park


rel tram

Till next time..
Wassalam


Saturday, November 25, 2006

a lot of things go wrong @ everything goes wrong?

Permulaan yg sangat buruk bagi hujung minggu ini.. Macam2 perkara yg x kena. Mungkin utk menguji kesabaran @ ketidaksabaran aku..

Hari Jumaat, aku terliur nk mkn steak.. Jadi, aku ke kedai utk beli daging dan bahan2 yg perlu. Utk melengkapkan hidangan steak tu, aku beli tepung gandum utk buat black pepper sauce dan wedges. Bahan2 utk buat steak, sume ada kecuali sos tiram. Jadi, aku beli andalouse sauce utk ganti sos tiram, walaupun rasa mmg jauh berbeza. Sambil2 tunggu steak masak, aku goring wedges. Malang seribu kali malang, rupa2nya tepung yg aku sangka gandum tu, rupa2nya tepung kanji! Wedges x menjadi & kanji melekat2 pada kuali. Jadi, hidangan steak turut terjejas bila x dapat buat black pepper sauce. Bkn shj terjejas, tp a complete failure!

Aku ke pasar minggu di Tasik Flagey dan beberapa buah kedai utk cari kacang buncis.. Juga xde. Waktu aku xnk beli hr tu, ade pulak kacang buncis. Kenapa waktu aku cari ni, semua mende xde!

Sabtu, aku balik agak awal setelah meluangkan masa beberapa jam di IRIDIA. Aku terpaksa ke Ave de Tervuren utk cari HSBC, dgn tujuan utk mengeluarkan duit yg dimasukkn dr Malaysia. Sepatutnya aku ke sana minggu lepas, tp sebab minggu lepas x sempat nk ke sana, aku luangkan masa minggu ni utk cari HSBC. Sampai di Ave de Tervuren jam 5.45 ptg.. Suasana dh gelap sbb dh Maghrib.. Dh nk masuk Isyak dh pn.. Kalau ikutkan rancangan asal, aku berhajat utk ke sana pd jam 2 ptg. Tapi terlewat sbb terleka dengan beberapa perkara.. Berbekalkan peta dlm beg dan mata yg rabun, aku cuba cari HSBC yg pada tanggapan aku mudah utk aku cari. Aku turun berhampiran kedutaan besar Malaysia, dan pusing2 di kawasan tu selama hampir setengah jam… pun x jumpa di mana HSBC. Kemudian aku naik tram utk kembali ke bilik. Tapi, semasa dlm tram, aku masih rasa x puas hati sbb x jumpa HSBC. Sekali lg aku turun dr tram, dan pusing2 di kawasan lain pulak yg aku rasa berpotensi utk aku jumpa HSBC. Dan tepat jangkaan aku bila aku terjumpa bangunan beralamat 270, Ave de Tervuren berhampiran perhentian tram. Masalah yg lebih besar timbul bila bangunan tu rupa2nya adalah bangunan ING bank, bkn bangunan HSBC bank. Terduduk aku seketika depan bangunan tu. Terasa lapar, letih… nk nangis pun ada! Kenapa jadi camni pulak. Jadi, bila sampai di rumah, aku cuba buka balik laman web HSBC, dan nasib baik mlm ni boleh online. Dan bila aku tengok laman web HSBC Belgium, sekali lagi aku terkesima bila terbaca kenyataan di laman web tersebut.. Personal Banking facilities are not available at this branch” .. Mcm mana aku boleh secuai ni? Nasib baik gaji baru masuk. Jadi, masih ada sedikit duit utk kegunaan waktu kecemasan. Tapi, aku masih x dapat nk susun kata2 utk mintak transfer duit sekali lg dr Malaysia. Duit dalam dompet aku yg paling besar, 50 euro cent. Suddenly I felt sooo stupid, miserable and lonely again. Arrrgh, how I hate this kind of feeling. I have to be strong…

Ada lg yg berlaku, tp cukup dulu setakat ni. Mls nk tulis. Makin tulis, makin terasa marah dgn diri sendiri.

Wassalam…

Thursday, November 23, 2006

the land of beer and chocolate

Dh agak lama aku bermastautin di bumi yg terkenal dengan beer dan coklat ni.. Pejam celik, dh lebih sebulan rupa2nya. Hati terasa rindu nk kembali ke Malaysia; nk jumpa ma dan keluarga, nk jumpa insan yg dirindui, nk jumpa kwn2, nk tgk wayang, nk mkn kfc & sekutu2nya, dan panjang lg list yg ada dalam kepala aku. Tapi skrg ni, kena tumpukan perhatian kepada pelajaran. Sbb tu aku dh makin jarang timbul online skrg ni.. Maaf kepada yg hantar email, tapi lambat berbalas, yg ym tapi x terlayan. Kalau mlm2, insyaAllah boleh aku luangkan masa utk berym.

Skrg ni, aku nk belajar masak kacang buncis. Jadi kepada chef Hassilah ngan chef Noor, sila sumbangkan resipi kepada aku yg masih amatur ni. Kepada kengkawan lain pun, kalau tahu masak kacang buncis, kongsi2 la resipi. Kalau ada resipi yg berteraskan ayam, lagi bagus. Weekend ni baru nk masak, sbb weekday x sempat nk masak banyak2 lauk. Lgpun, dh 3 - 4 hari x ke kedai, sbb konon2nya risau “over budget”. Tambah2 lagi bila Hassilah bagitau yg belanja makan aku untuk setengah bulan, hampir sama dengan jumlah belanja makan beliau untuk sebulan! Risau bila aku dengar mcm tu. Jadi, aku akn memulakan langkah berjimat cermat setakat yg aku mampu. Xkn aku nk tamatkan pengajian aku dalam keadaan pokai kn. Kena jugak simpan duit sikit, nk bergembira di Malaysia nnti.

Tiba2 aku teringat kata2 yg pernah aku baca di JENAN... " datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan"
insyaAllah

Tuesday, November 21, 2006

hidup ini bagaikan roda

Aku bersiar jap dekat intenet, dan terserempak satu blog dengan tajuk yg menarik: “hidup ini bagaikan roda”.. sebenarnya aku dh lupa apa tajuk entry tuan punya blog ni. So, x dikira menciplak la kn.

Bila sembang pasal mende2 camni, slalu je jadi emosi x stabil :p Ada2 je aku ni kn. Aku nk story pasal lawatan aku ke Kedutaan Besar Malaysia di Ave de Tervuren Jumaat lepas. Kalau sesapa yg baca entry aku pd hari raya lepas, mmg entry tu penuh dengan ketidakpuasan hati dengan pihak kedutaan. Jadi, aku bertolak ke kedutaan dengan hati yg berbelah bahagi sebenarnya. Xnk pergi, aku mmg terpaksa pergi. Nk pergi, takut aku naik angin lak dekat kedutaan tu nnti. Jadi, dlm nk xnk tu, aku melangkah juga ke tram stop. Naik tram no 81, menuju ke Montgomery. Di Montgomery, tukar tram, naik tram no 44 ke arah Tervuren. Kebetulan bila aku turun dr tram tu, ada sorg akak yg nampak mcm2 muka Melayu. Tah camne aku boleh agak dia tu Melayu, hahaha. Sebenarnya akak tu pakai tudung 3 segi. Jadi, boleh la agak2 kn. Org dekat sini, tudung diorg stail lain sikit. Jadi, aku pn bagi salam n tanya akak tu, org Malaysia ke? Of course la, tepat jangkaan aku. Husband akak tu kerja dekat kedutaan. So, dia nk ke sana utk jumpa husband dia. Sempat aku sembang skjp dengan akak x (dh lupa nama dia). Kemudian, masuk ke kedutaan, dan isi borang pendaftaran pelajar Malaysia sambil menunggu appointment aku pagi tu. Pertemuan 4 mata aku dengan org yg uruskn pelajar2 Malaysia berjalan dengan baik. Kebetulan pagi tu terserempak dengan duta. Sempat la kenal dengan diorg. Layanan diorg sangat baik. Persepsi aku terhadap pihak kedutaan pun dh makin berubah. Cuma dua perkara lagi yg aku tunggu untuk betul2 mengubah persepsi aku terhadap diorg:

1- email dr kedutaan yg mengandungi maklumat pelajar2 malaysia di sini (dijanjikan akn dihantar kepada aku)

2- panggilan telefon yg dijanjikan oleh duta

Sounds stupid, right? Seboleh2nya, aku memnag xnk berprasangka buruk dengan pihak kedutaan ni. Tapi, kalau cakap nk buat, aku harap buat la betul2. Jangan suka menabur janji, tapi x reti nk tepati. Ni tidak, waktu jumpa, bukan main baik lagi. Tapi lepas tu, masih xde feedback sampai skrg. Secara peribadi, aku lebih suka memilih untuk mempercayai org lain. sebabnya amat mudah: aku nk org lain mempercayai aku, maka aku terlebih dahulu akn cuba mempercayai org lain (I'm not saying that I'm a good person, but that's my style). Tapi bila sekali somebody buat hal (buat taik, kalau bahasa kasarnya), capat la aku mengamuk nnti :p..

** apa kaitan dengan hidup ni macam roda? Haha, aku pn xtau. Main ikut sedap tulis je. Hari ni, keadaan aku agak x stabil. Rasa macam ada sesuatu yg x kena. Entah la, sesekali terasa sedih, kemudian tetiba rasa happy. Dalam sekelip mata je, perasaan berubah2. Xkn muda2 dh ada masalah mental…
cukup dulu, makin lama, makin merapu

have to take some rest.

Au revoir..

Sunday, November 19, 2006

YM, Skype, MSN, and FreeCall

Makin hari, terasa makin sibuk.. Skrg pn dah rasa makin malas nk mengemaskini blog. Tapi, nk xnk, tiap2 hari aku perlu buka, tengok, belek, dan sesekali update blog. Kalau x, sunyi rasanya… memang sunyi…

Anyway, I’ll try to update as frequent as I can… But I wonder what will happen to me, if I don’t even have time to use YM, Skype, MSN, or FreeCall. I actually don’t have much time to use all those “facilities”, but still I can’t resist myself using them. Guess that I’m just too tired of being alone.

Saturday, November 18, 2006

sebak...

Sambil khusyuk mendengar khutbah Jumaat yg aku x paham2, tiba2 aku terkenangkan allahyarham abah yg dh tiada. Tiba2 aku terasa sayu, terasa sebak yg tak dapat aku kawal, dan air mata aku menitik jatuh. Aku terkenangkan memori aku bersama abah, terkenang kenakalan aku dari kecil yg banyak menyusahkan abah, terkenang saat2 abah memarahi aku atas kedegilan dan kenakalan aku, terkenang segala kata- kata dan nasihat2 abah kepada aku, dan terkenang perbualan terakhir aku dengan abah; teringat silap dan salah aku yg tak terkira pada abah; terbayang kesusahan yg abah tanggung untuk menyekolahkan dan mendidik aku. Yg tak dapat aku bayangkan ialah pengorbanan abah yg terlalu banyak selama membesarkan aku. Pengorbanan yg tak sempat aku balas semasa hidup abah… insyaAllah, aku cuba balas selagi aku masih bernyawa.

Abah adalah insan yg paling banyak memberi perangsang dan sokongan kepada aku untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat ini. Aku sedih bila abah tak dapat menghadiri hari pengijazahan sewaktu aku menerima ijazah sarjana muda. Dan sewaktu aku menerima ijazah sarjana, abah sudahpun menerima panggilan Ilahi.. Namun aku tahu abah berpuas hati dengan aku, abah gembira dengan pencapaian semua anak abah. Bagi aku, abah telah menjalankan tanggungjawab beliau dengan penuh tanggungjawab dan sempurna. Tak ada lagi yg perlu aku minta daripada abah sebagai seorang anak.

Semoga abah sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunanNya… Amin…

Thursday, November 16, 2006

new menu


Blog ni akn berteraskan masakan pulak ke? Takde la aku bercadang nk menulis pasal masak memasak je dekat sini. Tapi atas permintaan sumber resipi ni, sekali lagi dipaparkan hasil masakan selama lebih kurang setengah jam (Silah, aku lupa masak nasi sebab asyik sangat masak lauk ni). Daging Kambing Masak Ala Silah & Sidek.. Terima kasih kepada Cik Hassilah dari Blindern, Oslo dan En Sidek dr Kuala Terengganu. Menu ni diwariskan turun temurun dari En Sidek kepada Cik Hassilah, kemudian kepada aku di Ixelles. Bahan asal untuk memasak lauk ni ialah daging lembu. Tapi atas kegagalan aku memahami bahasa Perancis, maka aku terbeli daging kambing. Bila dh makan, baru sedar yg tu bukan daging lembu, sebaliknya daging kambing. Takpe, yg penting sedap kn.

Hari ni pn macam biasa, baca buku yg sangat sukar difahami. Mungkin bukan kandungan buku tu yg susah, tapi aku yg lambat faham. Aku teringat kata2 beberapa org yg pernah aku temui; "kalau tak faham sekali, baca lagi sampai 20 kali. insyaAllah faham" - Hafiz, Sheffield
"takpe kalau tak faham sekarang. lama2 nanti faham la" - Cikgu Rahman, JENAN

Bagus jugak belajar menda2 yg susah difahami ni. Sekurang2nya aku akn lebih kuat berusaha, sekurang2nya aku sedar yg masih banyak perkara yg perlu aku pelajari, dan yg paling penting aku sedar yg aku ni masih lemah, banyak kekurangan yg masih perlu diperbaiki, banyak ruang kosong di dada aku yg masih perlu diisi.

Sama2 kita menuntut ilmu, hehehe..

Wassalam

the meaning of success

Ni satu quote dr Ralph Waldo Emerson (if I’m not mistaken). Suka sangat dengan quote ni. Kalau waktu susah hati @ bermasalah @ hilang semangat, aku suka baca balik quote ni. Jadi, to my friend yg sedang x tenteram tu, semoga dapat sesuatu. Harap2 dapat membantu dari jauh…

The Meaning of Success

To earn the respect of intelligences and to win the affection of children;
To appreciate the beauty in nature and all that surrounds us;
To seek out and nurture the best in others;
To give the gift of yourself to others without the slightest thought of return, for it is in giving that we receive;
To have accomplished a task, whether it be saving a lost soul, healing a sick child, writing a book, or risking your life for a friend;
To have celebrated and laughed with great joy and enthusiasm and sung with exaltation;
To have hope even in times of despair, for as long as you have hope, you have life;
To love and be loved;
To understand and to be understood;
To know that even one life has breathed easier because you have lived;
This is the meaning of success.

Wednesday, November 15, 2006

menu hari ini - mee sup special


Hari ni cuaca agak ok, tak terlalu sejuk macam hari2 sebelumnya. Jadi, tak perlu pakai mafela dan sarung tangan dalam perjalanan ke IRIDIA. Sambil berjalan, langkah kaki aku susun dengan berhati2; beberapa ketul najis berat kelihatan di sepanjang perjalanan ke IRIDIA. Bahaya ni, kalau terpijak, satu hal pulak nk cari tanah utk basuh mende tu.

Makan malam - masak mee / spaghetti sup pertama aku di sini. Macam biasa, rasa agak ok, hehehe. Sila rujuk gambar :D Nampak macam best x? Bagi aku, sedap… Mungkin sebab aku yg masak, aku rasa sedap, kn. Aku masukkan satu jenis sayur misteri dalam mi sup ni; bentuk sayur tu lebih kurang macam lobak, tapi daun sayur tu nampak berkilat, mcm ada lilin. Rasa daun dia ok, tapi batang sayur tu, rasa mcm tanah! Aku tak tau sayur apa, main beli je dekat kedai. Jadi, sambil2 makan, sambil2 aku kutip buang balik batang sayur tu… membazir je rasanya. Harga sayur tu, 1,28 euro. Rasa2nya boleh tahan sebulan, sebab banyak sangat dan aku memang malas sikit masak sayur2 ni. Tapi kalau takde sayur, rasa tak lengkap pulak… jadi, beli jugak untuk simpanan.


dinner 15 Nov, 2006
mee sup special

Berbalik kepada isu mee sup tadi, yg nampak merah2 dalam mee sup tu, 4 hiris tomato segar dr kedai Pakistan. Yg kaler hijau tu, sayur misteri dengan lada hijau. Yg kuning, telur yg direbus bersama2 mee sup. Telur tu terhancur pulak, nampak messy kan? Takpe la, yg penting aku dh kenyang dan puas hati.

Today is still a good and happy day. Terima kasih kepada kawan2 yg selalu tegur menegur di YM, Skype, MSN, email, sms, tepon, dll. My life became easier and happier when I knew you guys.

Au revoir…

Monday, November 13, 2006

from this moment

Entry terakhir yg disertakan dengan lagu (I’ll try not to add anymore song :p).. Dh cukup rasanya dengan beberapa buah lagu yg jiwang2…. Lagu yg terakhir ni bkn lagu sedih, tp berbentuk penyampaian dan pengharapan. I love this song, more than my previous favourite song, Sway by Bic Runga. Anyway, I wish that everything will proceed as I hoped and planned, towards a blissful ending. And I want to dedicate this beautiful song just for you (u know who you are) and for others, just enjoy the song.


From This Moment – Shania Twain (click to download)

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
I can't wait to live my life with you, I can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on
I will love you as long as I live
From this moment on

Sunday, November 12, 2006

ntah

my first home made spaghetti in Belgium (with extra cheese, hehe).. guess what? its delicious


church besides the Flagey lake


flowers everywhere

not a lonely road anymore?


3,50 euro.. berbaloi ke...

Keluar ke Tasik Flagey, dengan niat nk cari sayur2an segar.. Tapi sayur2an yg bermacam2 tu, kebanyakannya aku x kenal. Jadi xnk la beli, menghabiskan duit je. Jadi, beli sedikit buah2an sambil melihat keindahan alam... ada pelbagai jenis roti, keju, buah2an, daging dan bunga. Semua segar2, dan bunga2 agak murah. Cuaca agak sejuk. Buah2 yg aku beli, rasa mcm buah dalam peti ais, sejukkk... Skrg aku masih x ada bajet untuk habiskan duit beli menda2 merapu mcm bunga2an lg. InsyaAllah, satu hari nanti...

Saturday, November 11, 2006

a few more pics

lunchbox, bekal mkn tengahari (fries, fish fingers, nasi goreng berempah)


lonely road? seronoknya kalau ada teman :p


everyday is a song for holiday?

Istana, lupe apa nama tempat ni... ambil gambar dalam keadaan hujan rintik2


Jam yg ganjil


Central Square, pelancong x terlalu ramai sebab... hujan
Central Square, masih lengang di pagi hari


Central Square, kebanyakan pelancong pg ni dr Jepung


SleepingLady (bukan nama sebenar)... semua pengunjung yg datang akan usap patung ni dan buat wish. masih x dapat dikesan, siapakah perempuan ini
pun tak tau apa nama bangunan ni.. sangat2 cantik


tempat ni dh lawa, tapi lens kamera ada bekas jari


art?


town hall dari bawah... silau...




beberapa keping gambar town hall.. malas nk sambung, jadi cuma letak macam ni shj. bangunan yg sangat cantik.. semoga anda berpeluang ke sini


Sekian lawatan beberapa jam (3 hours to be exact) di sekitar Brussels. Niat untuk meneruskan lawatan tidak tercapai akibat hujan rintik2, dan hidung aku dh "sroot2", dan bersin yg berterusan. Sebenarnya, hampir semua gambar kabur, sebab ada kesan jari pada lens kamera. Hasil jurugambar amatur, biasa la. Asalkan ada, ok la kan.

Kedai2 kebanyakannya ditutup hari ni. Jadi, aku x dapat survey harga brg2 dkt sini, sori Iwan. Yg aku sempat tgk, harga brg2 komputer mmg jauh lebih mhl berbanding dengan Malaysia. Barang2 lain, lain kali lak aku survey. Aku teringin nk buka satu kedai bahan2 makanan dr Malaysia (mungkin sebab aku susah jumpa dekat sini kot).. Di Ixelles, banyak terdapat kedai bahan2 dr India, Pakistan, China, Thailand, ... tapi bkn Malaysia... Kalau ada jual bahan masakan dari Malaysia, atau makanan macam satay kajang... insyaAllah laku... aiseh, teringat satay kajang pulak. Tadi baru terliur minum teh o sejuk... Xpe, sape yg buat terliur air teh o tu, nnti nk buat air yg lagi best...

Ciao

Friday, November 10, 2006

an early day

Hari ni aku ke IRIDIA agak awal, pkl 8 pagi, dengan niat nk chat (bkn nk wat keje). Nk sembang2 kejap. Kemudian, aku dapat email yg kredit skype yg aku “order” minggu lepas dh dpt. Apa lagi… terus je call Ma dekat KB. Last time aku cakap dengan Ma, ialah waktu raya puasa hari tu. Dh lama kn. Tapi skrg aku dh dapat call cuba call beberapa Alan, K Na, Muazzang tp sume x dpt. Baru teringat, Kelantan Tganu, Pahang, Kedah kn cuti hr ni…

11.30 – Naik bas depan IRIDIA ke Flagey; balik rumah utk tukar baju, stoking, mkn beberapa sudu Haagen Dazs :D..

12.00 – Naik bas dr Flagey ke De Bruckere

12.35 – Underground dr De Bruckere ke Schuman

12.50 – Sampai di Centre of Islamic Belgique

2.30 – Sampai balik di IRIDIA, teruskan tugas seharian…

Mlm ni x pyh masak, cuma panaskan lauk ayam masak merah semalam dan tanak nasi. Bsk nk pusing2 bandar, jadi kena siap2 dr mlm ni sbb bsk nk bawak bekal makanan. Kalau blh, nk keluar awal2, sblm matahari naik utk ambik gmbr. Mula2, aku ajak K Wan join pusing2 Brussels, tp K Wan x dpt ikut. Lgpun, dia dr Antwerp. Mcm mana pun, aku kena keluar jugak besok. Dh janji dgn Ad, nk amik gmbr pemandangan di Brussels, dh janji dgn Iwan nk tgk harga brg2. Nk buat bisnes import export kononnya kitorg ni…

Ok la, have to go now. Nk masak supper, tido…

Ciao...

Thursday, November 09, 2006

a bad day?

my beloved cat, but he's gone...



and my favourite picture



and lastly, my kitchen


Hari yg sangat sibuk… Hari ni berbincang dengan penyelia tentang perkembangan pengajian. Masih banyak yg perlu aku pelajari, terlalu banyak sebenarnya. Hari ni bincang2 pasal asymptotic notation; theta notation, big-o, small-o, big-omega, small-omega, monotonicity, floors & ceiling, modular arithmetic, polinomials, exponentials, logarithms, factorials, functional iterations, iterated logarithm, fibonacci, golden ratio.. and the list continues… arrgh, pening kepala baca mende2 ni. Nk chat pn x sempat hr ni. Kalau x chat, mesti akn rasa sunyi balik. Nasib baik ada tempat nk tulis2, merapu2, membebel2, mengutuk2, mengata2 ni.

Satu berita yg tak best aku dapat ptg td dr Kak Wan; hari Jumaat ni, rancangan kami untuk ke Kedutaan Besar Malaysia terpaksa dibatalkan lg, sebab org yg berkenaan sibuk minggu ni! Ni dah kali kedua berturut2, temu janji dibatalkan, tak termasuk kesibukan kedutaan semasa sambutan hari raya hr tu! Makin lama, makin pelik rasanya dengan sikap pegawai Kedutaan Besar Malaysia. Aku harap, dengan wujudnya kedutaan dekat sini, akn kurang sikit beban @ kesusahan yg ada, ni tidak… Susah sangat ke nk jumpa kami, barang sejam dua? Makin lama, makin tawar hati untuk ke sana. Satu2nya sebab aku terpaksa ke sana; elaun akan dimasukkan melalui kedutaan. Jadi, nk xnk terpaksa jugak g kedutaan untuk serahkan maklumat2 yg perlu. Mmm, dh la, mrh2 pn x guna. Harap2 keadaan akn menjadi bertambah baik.

Cuaca hari ni agak sejuk. Dalam perjalanan ke IRIDIA pagi tadi, suhu mencecah 5oC. Dalam perjalanan, hidung aku “sroot… sroot…”. Terpaksa bernafas melalui mulut, sbb xnk apa2 cecair meleleh dr hidung ni, hehe. Teruk la mcm ni. Harap2, aku x demam. Insurans kesihatan aku masih x buat lg. Sebelum buat insurans kesihatan, kena g jumpa kedutaan besar dulu. Kedutaan lagi! Bila mende ni nk setel?

Tiba2, terasa nk g Langkawi (bkn tiba2 btl, tp ada somebody cite psl Langkawi, rasa cam best lak). Maka, aku pn pasang angan2 nk ke sana bila balik Malaysia nnti. Sape nk ikut? Aku dh pernah ke Langkawi bersama keluarga, pernah bersama kawan2, pernah juga ke Langkawi sorg2. Dan aku dh xnk ke sana sorg2… walaupn best, ada sesuatu yg x kena, rasa x lengkap kalau g sorg2. Tambah2 pulak skrg ni aku dh tinggal sorg2, mkn sorg2, minum sorg2, masak sorg2, jalan2 sorg2, tido sorg2, nyanyi sorg2, senang sorg2, susah sorg2, cakap sorg2 je blom lg. Harap2, jangan la sampai tahap cakap sorg2 nnti. Kalau weekend, baru aku ada peluang mkn dengan K Wan @ Eric. Sebenarnya, kengkawan pejabat slalu ajak lunch. Tapi camne nk mkn, daging babi tetiap hr ada dlm menu kantin. Walaupun mkn makanan vegetarian, masih jugak bercampur alat2 yg digunakan dengan daging babi td. Geli la... Yucks…

Ape yg bad day tah? X teruk sangat.. Cuma hati ni yg x tahan rindu, sebab tu jadi bad day… Other than that, I’m still ok, still alive, still survive, and hopefully still have the strength to move forward…

Tuesday, November 07, 2006

dreams

Satu hari yg sangat sibuk, hehehe.. Persediaan untuk perbincangan bersama Thomas dan Mauro besok. Tapi aku masih sempat chat, sempat sembang2. Sempat curi masa untuk berkomunikasi, berhibur, berbual2.

Rasanya aku pernah tulis tentang “dreams”.. Saje terasa nk tulis lagi, sbb baru sembang2 dgn Ad. Kalau guna perkataan angan2, bunyi macam xkan tercapai je kn. Jadi, aku akn guna perkata “impian”. Mungkin bagi sesetengah org, mempunyai impian adalah satu yg perkara tak diambil kisah. Tapi bg aku, impian adalah salah satu sumber semangat aku, salah satu sumber kekuatan aku selama ni. Bila kwn2 tanya, aku selalu cakap:

“I love dreaming about things that I like, things that I hope will happen to me. At least, when I’m dreaming about it, I’m happy. If my dream comes true, then I’ll be satisfied for the second time. If not, at least I was happy once.” Lebih kurang la ayat aku, bkn sebijik2 mcm ni, hehe. Memang dlm hati ni terasa takut, terasa risau apa yg dicita2kn x tercapai. Tapi kalau x cuba, mana nk tau, kn. I have to try, at least... And hope for the best. And of course, strive for the best (believe me, I will).

Bila aku cakap pada kawan2 aku mcm ni, mcm2 komen diorg. Komen terbaru, yg paling aku suka dgr.. “it’s kind of sweet” (walaupun pendek, tapi bermakna bg aku) … komen2 yg x best, xnk la tulis dekat sini... Mengganggu mood pulak kn. Cuma nk tulis perkara2 yg menggembirakan je, sbb hati tgh hepi. Semoga hari2 seterusnya akn menjadi lebih baik.

Ciao

Monday, November 06, 2006

misteri rempah kari yg hilang

Salam…
Cukup la dengan lagu2 jiwang buat sementara waktu, kang Silah gelakkn aku lg, hahaha (aku ada lagu best lg tau Silah).

Hr ni, sambil2 nk masak nasi ayam, aku periksa balik stok rempah2 yg aku ada… Musykil pulak, nape rempah kari ayam dalam kabinet dapur masih belum terusik? Sedangkan hr tu aku dh masak Kari Ayam Spesel. Camne bleh rempah tak terusik pulak kn… Tambah situ, tolak sini, belek sana, bukak sini... rupa2nya aku guna rempah kari ikan untuk masak Kari Ayam Spesel hr tu. Tapi xpe la, sedap je aku mkn hr tu. Musykil gak, camne blh tersilap guna. Tp ok je, xde masalah pape pn.

Mlm ni, msk nasi ayam. Sup utk nasi ayam dh sedap, hehe. Tapi, nasi ayam lak x menjadi. Camne nk buat bagi lg sedap ni ? Nasi ayam ni pn x sempurna la; kicap xde, sos pn guna yg ready-made je. Tapi masih rasa mcm nasi ayam, masih layak digelar nasi ayam (walaupun x sesedap nasi ayam yg Ma masak @ nasi ayam Gemas sumbangan Mun). Lain kali kena cuba masak lg, nk wat lg best. Nnti nk buat jamuan untuk membe2 ofis pulak. Kena la bg terer masak dulu kn, kalo x, malu la Malaysia. Lagipun, rumah masih xde perabot. Kalau ajak diorg pn, kena mkn bersila la jawabnya. Tunggu la masa yg sesuai, insyaAllah.

home

Home, lagu oleh Michael Buble. Hehe, jiwang je skang kn. Even though I’m not in Paris or Rome, I think the song still suits me. I can still remember the first few days I was here. When I was standing in the middle of the famous Central Square, with hundreds of tourists around me, yet I felt sooo lonely. And when I saw those tourists walking with joy, together with their family, their beloved one, I felt even worse…

Enjoy the lyrics, will ya?


"Home"

Another summer day
Has come and gone away
In Paris and Rome
But I wanna go home
Mmmmmmmm

Maybe surrounded by
A million people I
Still feel all alone
I just wanna go home
Babe I miss you, you know

And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you
Each one a line or two
“I’m fine baby, how are you?”
Well I would send them but I know that it’s just not enough
My words were cold and flat
And you deserve more than that

Another aeroplane
Another sunny place
I’m lucky I know
But I wanna go home
Mmmm, I’ve got to go home

Let me go home
'Cause I’m just too far from where you are
I wanna come home

And I feel just like I’m living someone else’s life
It’s like I just stepped outside
When everything was going right
And I know just why you could not
Come along with me
That this is not your dream
But you always believed in me

Another winter day has come
And gone away
In even Paris and Rome
And I wanna go home
Let me go home

And I’m surrounded by
A million people I
Still feel all alone
Oh, let me go home
Oh, I miss you, you know

Let me go home
I’ve had my run
Baby, I’m done
I gotta go home
Let me go home
It will all be all right
I’ll be home tonight
I’m coming back home

Sunday, November 05, 2006

a good day

i'm having a good day
and i hope the coming days will be even better

thanks to you

aku yg ber"peti ais"

8.15 pg, aku ke IRIDIA utk on9; check email dan chat kejap. Rasa x lengkap je kalau x chat. Smlm x dpt nk on9, wifi free slalu mslh. Tp biasa la, barang free… Pkl 8.35, sampai di IRIDIA dan online. Reply beberapa email penting, dan dapat email dr Dominic, tentang appointment kitorg pkl 10 kejap lg, utk tgk peti sejuk dekat rmh dia. Jadi, dekat2 pkl 9 aku g tunggu bas no 71 utk ke Porte de Namur. Dari Porte de namur, naik bas no 54 utk trn di Ma Champagne. Macam biasa, aku terlajak satu perhentian bas lepas Ma Champagne (my sense of direction is terrible). Lepas tu, cari apartment Dominic, dan jumpa dia dan wife dia. Memang dua2 org baik sgt. Ada 2 org anak, sorg laki dan sorg pompuan. Comel2 jek… Jadi lepas aku tgk keadaan peti sejuk tu.. wow, memang macam baru, dan harga yg sgt ok ; 100 euro shj. Dan Dominic akn tlg hantarkn peti sejuk ni ke apartment aku. Sampai di apartment dalam pkl 11 pg (Dominic tlg angkat ke apartment aku di tingkat 3), dan dengan rasminya aku dah ada peti sejuk… yeay, dh bertambah harta aku dekat sini. Dominic dan isteri dia baru pindah rumah. Jadi, masih ada beberapa brg yg dia nk jual, termasuk televisyen. Aku dh tengok tv tu, dan dh book awal2 utk beli tv tu. Masih baru jugak, brand Samsung. Wife Dominic bgtau, diorg nk jual kurg dr 100 euro. Mcm best je kan.

Cuma mslh skrg ni, duit aku hanya ada 96,66 euro shj. Duit ni aku perlu jimat2 sampai bank draft aku “clear”, mungkin akn ambil masa lg dua minggu. Harap2 cek aku sempat clear sblm diorg nk jual tv tu J . Dan satu perkara yg sangat2 x patut aku buat, ialah bawak kad ATM bank aku yg mengandungi duit gaji aku ke sini! Terbawak sbnarnya, sbb memang dh plan untuk tinggalkan mende tu di Malaysia. Tapi, last2 minit terlupa pulak untuk tinggalkan kad tu, jadi dh terbawak ke sini. Macam mana la aku nk survive dengan belanja yg mhl dekat sini? Elaun aku memang x mencukupi untuk perbelanjaan bulanan aku:

Sewa - 485 euro
Elektrik - 30 – 40 euro
Insurans - 30 euro
Makan - 200 euro
Tiket - 20 euro
Internet - 30 euro (masih dalam perancangan)

Sekurang2nya aku perlukan 800 euro untuk sebulan di sini. Nk xnk, aku perlu hantar kad ATM ke Malaysia. Macam mana nk hantar kad ATM aku ke Malaysia? Kalau ada stargate kan senang…

a few pics

ni beberapa keping gambar pemandangan di Flagey Lake, 3 minit dr apartment aku


another shot

ni patung makhluk ape tah, x sempat nk tengok dekat2... sejuk

Ni je yg sempat upload hr ni. Mungkin lain kali boleh upload gambar2 lain. Hari ni ada hal skjp. Ciao...

lonely...

Waaa, I’m so lonely right now… memula, aku nk guna perkataan “bored”. Tapi rasanya lonely lebih sesuai. Physically and mentally alone. Aku boleh keluar jumpa dengan kawan2 dari IRIDIA, atau keluar dengan Eric… tapi rasa masih ada sesuatu yg x cukup walaupun aku keluar dengan diorg.

Aku teringat balik, kenapa aku nk sambung pengajian aku cepat2. Kononnya nk membawa diri… konon2nya la kn. Kononnya nk bersendirian, xnk gangguan dr sesiapa. Nk bawak diri jauh2 setelah gagal bercinta. Skrg, baru aku tahu mcm mana rasanya sorg2. Baru sedar betapa bertuahnya aku sewaktu di Malaysia, dikelilingi keluarga dan rakan2. Di Belgium ni, member dr Malaysia yg paling hampir dengan aku ialah Kak Wan, pensyarah dr UUM yg belajar di Antwerpen Uni, 50 km dr Brussels. Apa pn, aku bersyukur sebab dapat peluang ke sini. Dapat peluang belajar di tempat org, dpt peluang mempelajari budaya org, dpt peluang betul2 berdikari. Dapat menguji semangat aku yg masih x berapa kental… senang cakap, masih lemah la…

Dlm fikiran, memang terasa serik nk bercinta , atau bergelumang dengan masalah cinta. Tapi mslh hati, memang x dpt nk dijangka. Kadang kala, tanpa sedar rasa suka kepada seseorang mula berputik dalam hati, mula terbayang2dalam kepala, mula tertanya2 apa yg dia sedang lakukan skrg….

Tapi, kasih syg yg mudah diperolehi, biasanya mudah jugak hilang. Aku perlu lebih berhati2 untuk bercinta. Banyak lagi perlu aku pelajari, yg perlu aku ambil iktibar berpandukan pengalaman2 lalu.

Semoga aku menjadi semakin kuat dan tabah

a surprise visit

Sabtu, Nov 4, 2006


Firdaus (my brother) telefon dari Bingen, dan bagitau yg dia bersama2 kawan2 dia nk datang ke sini untuk jalan2. Mungkin minggu depan atau minggu depan2. Hehe, dh lama x jumpa adik aku ni, dh dekat setahun sebab dia lebih dahulu melanjutkan pengajian berbanding aku. Lega… xde la boring sangat weekend tu nanti. Mungkin beberapa org yg akn datang ke sini. Jadi, budak2 laki boleh lepak apartment aku je. Memang muat kalau setakat 10 org yg dtg; tapi tdo atas lantai la, berbantalkan lengan. Budak2 pompuan, kena stay dekat hostel. Leceh kalau budak2 pompuan pn dok sini sekali.

Baru je aku buka buku Algorithmic, ada seseorang tekan loceng apartment aku… Sorg perempuan yg aku x pnh knl ckp pd aku yg dia kenal tuan apartment sblm aku, dan dia maklumkan pada aku bahawa dia dalam perancangan untuk buat satu penggambaran video dari dalam apartment aku (pemandangan luar apartment). Jadi, aku jemput dia masuk dulu untuk sembang2, apa sbnrnya yg dia perlukan. Wow, she’s gorgeous :D but a lot older than me, hehehe… Jadi dia terangkan la, yg dia ni dari satu persatuan yg aku x paham sgt penerangan dia. Ni tmpt dia kerja, baca la sendiri… PTTL. Lepas sembang2, paham la aku yg dia nk mintak kebenaran aku untuk buat penggambaran dari dalam apartment aku. Waa, macam best sgt je bunyi, kn ? Aku kata, ok je, tapi bukan minggu ni atau minggu depan. Hujung minggu yg seterusnya, mungkin boleh. Apa pn, aku maklumkan dia supaya telefon aku dulu bila dia dh bersedia untuk datang ke sini. sambil sembang2 dengan Nadine (ni nama dia), aku tanya dia, mana boleh aku dapatkan perabot dan alatan elektrik yg murah2 ? Nadine kata, x jauh dari apartment aku ada kedai second hand yg jual alat2 elektrik. Dia bagi peta dua buah kedai second hand. Lepas Nadine balik, aku solat zohor, dan keluar jalan2 melawat kawasan lg.. Senang je jumpa kedai2 tu, dalam 10 minit dari apartment aku. Tapi malangnya kedua2 kedai tutup hr ni. Mungkin aku akn pergi balik besok atau lusa untuk tgk brg2 dlm kedai tu. Dalam perjalanan ke kedai2 td, aku jumpa dua lg kedai daging halal, dan beberapa buah kedai makanan halal. Seronok aku… Kemudian terjumpa satu kedai cina, juga terletak di antara apartment aku dan kedai brg2 second hand tu. Saja masuk tgk2. Nampak beras lawa je yg dijual dekat kedai tu. Jadi, aku beli 2 kilo. 2,20 Euro. Kemudian singgah beli telur, fish stick dan cili boh. Xtau lg nk masak ape utk besok… rasa mls lak. Mb nk makan fish stick dengan nasi je… Untuk mlm ni, Kari Spesel dan Ayam Goreng smlm masih ada lg.

Barang2 yg nk pesan dr mesia :

Gula melaka
Tepung pulut
Daun pandan (nk buat onde2 dan tanam)
Biskut raya
Rempah2
Perencah nasi goreng, nasi beriyani
Serbuk kunyit
Halia, lengkuas, serai kering
Kicap n budu (boleh ke?)
Cili padi (nk mkn dan tanam)
Kopi, teh dan milo
Serbuk santan
Bahan2 lain (jintan manis, bunga cengkih, dan sedara2 mereka)

Karipap mini, kulit popia gulung + serunding
Perencah sup

Banyak lg bekal bhn masakan dr mesia yg aku bawak dulu, tp x lengkap… serbuk santan, perencah nasi goreng, ayam masak merah, daging masak lada hitam masih ada beberapa paket lg. Tapi mende2 cam kulit kayu manis, pelaga hendi (betul ke aku eja ni), bunga cengkih, etc… masih xtau mana nk beli mende2 ni. Haha, dh kempunan aku dekat sini.

Friday, November 03, 2006

Kedutaan Besar Malaysia

Satu lagi hari telah bermula, dan bakal berakhir.. Apa yg aku dapat hari ni? Apa pengajaran yg telah aku kutip? Hehehe, kita tunggu dan lihat...

Pagi, bergerak ke Ixelles Town Hall sekali lagi dengan niat untuk mendaftarkan diri aku sebagai pemastautin di pekan Ixelles. Pukul 9.05 pagi, aku sampai di Town Hall yg letaknya lebih kurang 7 minit dari apartment aku. AlhamdulilLah, x ramai sgt org dekat dalam. X sampai 10 org pn. Jadi, aku ambil tiket dan lepak2 dekat dalam tu. Kemudian, terdetik hati aku nk sembang2 dengan org yg jaga kaunter pertanyaan di town hall tu. Dan.... rupa2nya pendaftaran kali pertama kena buat di pejabat lain, bukan dekat pejabat town hall yg ni! Nasib baik aku tanya brader kaunter tu, dia bagi peta dan no telefon untuk ke pejabat pendaftaran tu. Macam mana la aku boleh salah tempat ni. Jadi, aku telefon dulu pejabat pendaftaran, dan rupa2nya perlu buat temu janji dulu pulak. Lecehnya prosedur nk mendaftar dekat Belgium ni. Dan lepas sembang2 beberapa minit menggunakan kredit aku yg dh nk habis, aku berjaya tetapkan satu temu janji pada 20 Disember 2006... diulang, 20 Disember 2006. I’m really amazed with the unefficiency of the registration system!

Lepas tu, aku teruskan perjalanan ke IRIDIA. Yeay, aku bawak kamera hr ni, jadi boleh snap beberapa keping gambar pemandangan dalam perjalanan ke IRIDIA. Sempat ambik beberapa keping gambar, tapi bila nk upload dekat sini, slow sangat pulak... jadi, mungkin aku akan upload bila aku masuk ofis Isnin nanti.

Sampai di ofis, study sikit.. kemudian cari Amin, sbb dia ajak minum kopi pg ni. Tapi xde la pulak Amin ni, mane ntah menghilang budak ni. Aku lepak dekat bilik Thomas sambil baca Algorithmic, dan chat...

Aku sembang2 mll Skype dengan K Wan dari Antwerpen University (about 50 km from Brussels). Kitorang bincang tentang rancangan untuk ke Kedutaan Besar Malaysia, untuk daftar sebagai pelajar Malaysia. Elaun pun akan dimasukkan melalui kedutaan, jadi nak tak nak memang kena hubungi kedutaan ni. Sebenarnya aku dah naik bosan dengan sikap pegawai kedutaan yang meng”anak tirikan” kami. Aku sedar, bagi diorang aku ni x membawa apa2 faedah pn. Tapi aku pn rakyat Malaysia jugak! Kalau ikutkan rancangan asal, aku dan K Wan rancang uk ke kedutaan pagi tadi. Tapi sebab pegawai kedutaan sibuk skrg ni, kitorang diarahkan mendaftar minggu depan! Kedutaan Besar Malaysia tak dapat luangkan sedikit masa untuk jumpa kami, sebab mereka perlu anjurkan satu majlis tari menari untuk MABL (Malaysian Association of Belgium & Luxembourg! Penting sangat ke majlis tari menari tu, sampaikan xleh luangkan masa barang sejam untuk jumpa kami? Apa fungsi kedutaan ni sebenarnya? Emosi la pulak, hehe...

Pukul 12.45, aku keluar dari IRIDIA, menuju ke perhentian bas untuk balik ke apartment, kemudian terus ke masjid. Tapiiiiii, malang seribu kali malang bila aku tersedar yg aku dh terlepas waktu solat Jumaat. Pukul 12.37 dh masuk waktu Jumaat. Jadi, memang tak sempat aku nk ke masjid (lebih kurang setengah jam perjalanan, tak termasuk waktu menunggu; naik bas ke De Brouckere, kemudian dari De Brouckere naik underground ke Schuman).. terleka aku...

Dalam perjalanan ke apartment, singgah di kedai daging halal, dan beli setengah kilo kepak ayam... 2 euros je. Dapat 8 keping kepak ayam.. 8 keping tau Silah, bukan kepak shj, tapi kepak dengan betis kecik tu (tah ape nama part tu, hehe). Sampai di rumah, perap 4 kepak ayam utk masak Ayam Goreng Basah Berempah Diraja dan bersihkan 4 kepak ayam utk masak Kari Ayam Spesel. Sambil2 masak, sambil2 chat dengan Silah & Ad. Dalam pukul 4 baru masak, haha.. lemah betul skill memasak ni. Kari Ayam Spesel looks weird, tp rasa sedap sgt. Macam x caya je aku masak sesedap ni, hahaha. Tapi Ayam Goreng Basah Berempah Diraja yg aku masak memang fail la. Taste kurang. Masih boleh dimakan, tapi kurang rasa masin dan rempah. Mungkin kena dapatkan pengisar, senang sket nk perap ayam, senang sket aku nk masak. Apa pn, alhamdulilLah dengan rezeki ni.. aku masih cukup duit untuk makan, masih ada kawan untuk chat dan sembang2, masih ada sedikit sisa kekuatan dan semangat untuk teruskan perjuangan.

Sekian...

November 2, 2006

Waaa, so many things to do, yet so little time that I have… (but I can still manage to write something here)

Pagi, bertolak ke uni pukul 9 pg. Mula2, niat nak ke town hall untuk pendaftaran, tapi suhu sejuk sangat2. Aku batalkan niat untuk ke town hall, walaupun aku masih memegang status penduduk asing x berdaftar, hehehe.. Suhu pagi ni cuma 3 oC. Ditambah pulak dengan hujan gerimis, memang menggigil pagi ni. Aku cuma pakai 3 lapis baju; t shirt, jumper & sweater... memang x cukup. Seluar lak, pakai selapis je :D akibatnya, menggigil sepanjang perjalanan.

Siang dah semakin pendek skrg ni. Memang sangat2 terasa, sebab pukul 5 dh gelap. Hari ni, pkl 5.17 ptg dah maghrib. Jadi, pukul 5.10 aku dah bertolak balik ke rumah yg beberapa pelaung dr IRIDIA (pejabat aku). Banyak pelaung jugak la, 20 minit jalan kaki. Balik dari IRIDIA, terserempak dengan Amin, satu2nya pelajar Islam di IRIDIA. Nak borak2, tapi dh gelap. Jadi, kami cuma buat plan untuk minum kopi besok pagi je la (and I forgot about my plan to go to the town hall again tomorrow morning). Amin tinggal di Antwerp, 50 km dari IRIDIA. Jadi, harap2 aku sempat ke town hall sebelum Amin sampai di IRIDIA.

Tentang pelajaran, memang banyak yg perlu dibaca dan difahami. Aku tak tahu sama ada aku mampu nk habiskan pengajian ni atau tak. Belajar satu bidang baru, memang sangat mencabar. Kena mula dari bawah, fahami betul2 asas. Mula dari berbaring, “mengengsot” (is this a Malay word?), merangkak, berdiri, berjalan, berlari, dan habiskan pengajian aku. But deep inside me, I believe that I will succeed... Memang bukan hanya dengan usaha aku. Aku memang tak mampu nk hadapi semua ni dengan usaha aku semata-mata. Dengan izin Allah, dengan doa Ma; yg aku tahu saban hari mendoakan kejayaan aku, doa ahli keluarga aku, guru2 aku, sahabat2 aku... yang aku percaya telah memberikan aku kekuatan selama ni Aku percaya ini yang banyak memberikan aku kekuatan dan sokongan di luar kesedaran aku. Memang bukan senang untuk hidup sorang2 di bumi asing ni (I’m not whining, ok.. just sharing..). Memang sukar, tapi tak mustahil. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pulak manusia. “benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung” (betul ke ni? Hehe, x ingat la. Rais yatim tau, kena saman kalu). Tapi, benih yg baik ke aku ni???

Wednesday, November 01, 2006

cuti

Hari ni cuti all saints. Pagi - kemas rumah yg masih kosong… Kemas2 barang. internet, stadi (poyo je ngaku stadi), beli lauk, masak, makan, tgk katun, etc...

Petang – Thomas telefon untuk hantar katil aku. Baiknyer sv aku sorang ni. Seronok je sebab dia baik sangat. Kemudian, aku tanya Thomas;

“berapa saya kena bayar untuk katil ni?” saja buat2 tanya Thomas

“tak perlu bayar, kamu guna je katil ni untuk sementara, mungkin untuk setahun atau dua tahun” Thomas said & translated by me :p

Hahaha, dengan ini, berakhir la zaman tido atas lantai di apartment aku, rue Malibran.
Arrrgh, besok ada discussion dengan co-promoter aku, Mauro. Aku x stadi lagi apa yg aku kena terangkan pada dia besok, hahaha. Malasnyer nk stadi.

Dh... nk makan, kemudian stadi, kemudian tido...

stunned, shocked, and sad

tetiba je terasa nk msg kawan lama hr ni...
jadi, aku hantar msg pd member tu, guna msn messenger...
dia x ingat pn aku sape!
siap kene halau lg...
sedey tol

"belah ah beb"