Memories (One Piece theme song)** I really love one piece; enjoyable and inspiring
A treasure map from my childhood floats within my head…It was a place I was always searching for, a place of miracles…So that I wouldn't lose to some stranger.
The days now are filled with nothing but dust…Someday I'll entrust my body to all the time in the world.
If the world were to change, I'd bring along, the self from the time in which I knew nothing…So that my memories won't fade.
I've been singing a song since I was a child...Whenever I dreamt about it, my heart was warmed…A secret melody that was copied by everybody...So that next time, we may hear it sung well.
All we're doing now is sighing…No one can yet grasp onto our true dreams.
If the era were to return, I'd bring along, the self from the time in which I knew tears…So that I wouldn't be able to overtake the moment.
If the world were to change, I'd bring along, the self from the time in which I knew nothing…So that my memories won't fade…So that I wouldn't be able to overtake the moment.
Ngantuknyer… tapi hati dah lega sikit skang, sebab aku dah emailkan proposal aku dekat Dr Stuetzle. Cuma dua hari aku ambik masa untuk siapkan proposal aku. Boleh la agak kan, seteruk mana proposal tu. Aku pun tak puas hati dengan kerja aku…Tapi, pada pendapat aku, proposal kajian sebenarnya tak penting buat masa ni. Sebab utama ialah struktur pengajian yang akan aku ikuti. Mula2, aku kena mulakan dengan program DEA, ‘Doctorate de Science Applique’, yang aku pun tak faham apa maksud sebenarnya. Yang aku boleh agak, ala2 macam buat coursework sikit. Paling cepat aku boleh habiskan DEA ialah selama setahun. Jadi, dalam masa setahun, banyak perkara yang boleh berlaku. Kemungkinan untuk tukar projek pun sangat tinggi, mengikut kata2 bakal supervisor aku tu. Apa pun, aku dah emailkan proposal dekat bakal supervisor, dan harap2 dia akan bagi cadangan macam mana nak baiki supaya lebih baik dan orang lain pun boleh faham apa yang aku tulis. Kalau aku sorang je yang paham, ape guna kan. Sepatutnya aku antar proposal tu lebih awal untuk dia semak, sebab besok aku kena hantar proposal tu pada pendaftar. Paling lewat pun, aku kena hantar proposal tu pagi lusa, sama2 dengan permohonan cuti. Sepatut-patutnya aku kena hantar minggu depan, tapi sebab minggu depan aku cuti selama seminggu, terpaksa aku berkorban sikit, siapkan kerja lebih awal.
Minggu lepas (sampai malam ni) dah dinobatkan sebagai minggu paling sibuk bagi aku dalam tahun ni. Mulai hari Isnin lepas, sampai hari ni, Ahad; satu malam je aku tak tido di pejabat; hari2 lain, aku cuma balik rumah untuk mandi, tukar baju, basuh baju, makan, solat jumaat; dan waktu2 lain aku habiskan di pejabat; buat kerja la konon. Bukan aku rajin, tapi terpaksa sebab nak kejar tarikh2 penting yang semakin dekat. Kalau ikutkan hati dan nafsu tido, memang aku tak sanggup nak tido malam dekat pejabat, sengsorang pulak tu. Tapi ada gak mulut2 sumbang yang gatal tanya aku; “malam2 gi pejabat, gaji berapa naik?”, ni soalan kalau g pejabat. Kalau x g pejabat, ada lak yang tanya, apsal aku x g pejabat pulak? Entah la, manusia ni, buat apa pun, ada je yang tak kena. Kekadang, naik angin jugak sebab time2 tertekan dan kerja banyak, dia main tanya camtu pulak. Takpe, bila aku dah abis kerja2 ni, aku nak bercuti panjang. Aku dah janji dengan kawan aku, nak g jalan2 tengok pemandangan. Kalau ada duit, boleh jalan2 cari makan skali.
28 Mei lepas, aku dapat email dari To’ Puan tentang pertambahan kuota untuk sambung belajar. To’ Puan maklumkan aku yang kuota untuk sambung belajar tahun ni ditambah daripada 30 kepada 55 orang, pertambahan sebanyak 25 orang lagi. Secara logiknya, mesti kuota untuk ke UK jugak bertambah. Dan sekali lagi secara logiknya, seharusnya peluang aku untuk ke UK lebih cerah. Tapi sayang, aku dah pun hilang minat nak ke sana. Bukan 100% tak minat, tapi aku dah tak rasa ada apa2 yang penting lagi yang memerlukan aku untuk ke sana. Kalau dua bulan lepas To’ Puan maklumkan berita macam ni pada aku, rasanya aku dah siap2 untuk sambung belajar skang ni. Mesti ada hikmah apa yang berlaku selama beberapa bulan ni. Cuma aku yang masih belum sedar. Biar masa yang tentukan apa akan berlaku nanti.